Sunday, January 22, 2017

Faedah Sayuran Hijau



Assalam'mualaikum w.b.t.

Perbezaan Antara Sayuran Yang Dihasilkan Oleh Baja Kimia Dan Organik.

Sayuran yang dihasilkan dari pembajaan organik asli mengandungi lebih kandungan kalium dan sedikit natrium. Sebaliknya pembajaan kimia menghasilkan kandungan natrium yang tinggi dan kalium yang rendah dalam sayuran.


Apabila sayuran ini dimasak, biasanya zat natrium akan ditambah lagi (melalui garam) yang dimasukkan dalam masakkan. Lebihan garam ditambah pula dengan anti-biotik dan ubatan lain menyebabkan natrium menyerap ke dalam sel dan kalium bertindak keluar dari sel, yakni wujud keadaan ketidakseimbangan yang menyebabkan tiap-tiap proses terganggu.

Apabila sel tidak mampu menyerap dan mengeluarkan, dengan berkesan ia menjadi tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas penting, sisa-sisa tokxic mula berhimpun di
dalamnya dan berbagai perkaran lagi berhimpun diluarnya.

Gejala-gejala yang dapat dilihat pada seseorang pada waktu ini ialah selalu letih, lemah daya ketahanan terhadap penyakit dan akhirnya mendapat penyakit. Makanan-makanan mentah dan segar pula berhasil memutarkan proses ini kebelakang.

Seorang pakar perawatan kanser, Max Gerson percaya bahaya segala penyakit kronik bermula apabila kalium kekurangan di sel akibat dari keadaan ketidakseimbangan kalium-natrium di dalam badan. Keadaan ini menurut beliau akan menyebabkan gangguan serius dalam kimia tubuh-badan.

Kalium bukan sahaja berperanan sebagai pengalir saraf, ia juga menjadi katalist kepada banyak jenis enzem dan ia perlu untuk cengkaman otot termasuklah otot jantung dan otot-otot yang terlibat dalam penghadaman. Kalium juga perlu untuk proses penukaran glukos kepada glycogen dalam hati. Hati yang sihat mengandungi kadar kalium 2 kali ganda dari naterium.

Kekurangan kalium mengakibatkan keadaan tidak normal pada jantung dan juga darah tinggi. Juga kekurangannya mempunyai hubungan dengan keletihan yang kronik.

Dipetik dari buku perubatan nabawi.
Foto Google..

No comments:

Post a Comment