Bagi masyarakat melayu tidak ramai yang mengetahui tentang tumbuhan ini malahan ada yang tidak kenal langsung buah remunggai. Bagi saya pula, remunggai ini saya sudah memakannya sejak dari kecil lagi dan saya ada memanam tumbuhan ini di tepi rumah saya. Foto di atas itu adalah buah remunggai yang saya tanam. Buahnya begitu lebat sekali hingga ada yang sampai patah dahannya.
Nama saintifiknya. Moringa Oleifera. Berasal dari utara India dan Pakistan kini tersebar sekitar kawasan tropika. Tumbuhan ini mudah hidup walaupun tanpa penjagaan yang rapi. Ketinggian pokok ini 3 hingga 5 meter dan jika dibiarkan mungkin lebih tinggi dan besarnya satu pemeluk. Masa saya berumur 11 ke 12 tahun lebih kurang. Saya pernah ke rumah saudara bapa saya bersama bapa saya untuk menghadiri kenduri kahwin. Saya lihat orang kampung di situ mengait buah remunggai untuk dibuat kenduri dan pokoknya sebesar satu pemeluk.
Buah remunggai sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi. Kajian saintifik telah menemui kandungan buah remunggai ini. Setiap 100 gram bahagian remunggai yang dimakan mengandungi Air 84.6 g, protein 5.1 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 4.1 mg, serat 5.1 mg, kalsium 22 mg, fosforus 31 mg, ferum 0.3 mg, natrium 3 mg, kalium 208 mg, karotena 75 ug, vitamin A 13 ug, vitamin B1 0.05 mg, vitamin B2 0.12 mg, niasin 0.2 mg, dan vitamin C 258 mg. (rujukan dari produk herba)
Manakala pucuk dari pokok remunggai boleh dimakan dengan cara dibuat sayur lemak dan saya rasa pucuk remunggai lebih sedap dari pucuk ubi kayu. Dikatakan juga pucuk remunggai boleh mengubati penyaki kencing manis, darah tinggi, kurang selera makan dan sangat baik untuk bagi mereka yang mengalami buasir begitu juga dengan buahnya.
Cara menanamnya juga sangat mudah iaitu dengan memotong dahannya atau menyemai bijiknya. Pokok remunggai yang saya tanam itu dengan cara memotong dahan dan saya semai dalam polyback. Apabila sudah bertunas setinggi satu kaki baru saya tanam di tempat yang sesuai, tepi rumah, belakang rumah malahan di kebun getah saya pun saya tanam juga tp perlukan sedikit penjagaan kerana binatang hutan akan mengganggu.
Apapun kalau kita sudah mengetahui akan khasiatnya maka tanamlah sepokok untuk kegunaan sendiri. Tentang khasiatnya bolehlah rujuk laman-laman sesawang yang banyak menceritakan tentang khasiat buah remunggai. Sekian dahulu dari saya.
1. Anda tidak perlu menjadi cantik semata-mata
untuk disayangi kerana kehebatan anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa
'dirindui' suami anda?
No comments:
Post a Comment